“Jika kau menjadi bulan, biar aku jadi pungguknya. Jika kau menjadi bunga, biar aku jadi kumbangnya. Jika kau menjadi gula, biarlah aku jadi kopinya!"
Setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini bermula dari angka sifar. Begitu juga ibaratnya sebuah perkahwinan. Bertatih dari tingkat pertama hinggalah berjaya membina sebuah rumah tangga yang aman dan bahagia.
Buku Asam Garam Kopi & Gula ini merupakan kompilasi pelbagai cerita dari majalah Pesona Pengantin dan Majalah Seri Dewi & Keluarga tentang gelagat lelaki dan wanita sebelum dan selepas menempuh alam perkahwinan.
Pelbagai kisah dan karenah yang melucukan dipaparkan dari pandangan mata pena penulis. Setiap artikel cukup menarik kerana ia ditulis dengan gaya yang santai dan bahasa yang humor. Namun, di sebalik ketawa dan senyuman, ia sebenarnya mengandungi mesej teladan dan sempadan terutama bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan.
**cara penulisan yang sangat santai dan mudah untuk difahami..sangat menarik..!! Ia membuatkan kita ingin membacanya sehingga ke muka surat terakhir..saya kira tak semestinya hanya mereka yang sudah berumahtangga boleh membaca buku ini...banyak pengalaman dan kata-kata nasihat yang ada di dalam buku ini yang boleh dijadikan panduan hidup.. trust me!! :)**
No comments:
Post a Comment