Sunday, December 19, 2010

Puding Trifle

Trifle

BAHAN-BAHAN (untuk bekas sederhana besar)

a) Lapisan 1 (paling bawah) : 1 kek swiss roll (perisa ikut kegemaran masing-masing)

b) Lapisan 2 : Lapisan castard - 1 tin susu sejat (cap Ideal paling bagus)

1/2 air dari fruit cocktail dalam tin
4 sudu besar tepung castard
5 sudu gula pasir
1 sudu esen vanilla

c) Lapisan 3 : 1 tin Fruit Cocktail - ambil buah sahaja
(Toskan air buahnya.. Separuh (1/2) airnya disiram ke atas kek swiss roll dan separuh lagi di masak bersama castard)

d) Lapisan 4 : Jeli kristal (cap Nona) - (perisa ikut kegemaran masing-masing)



CARA MENYEDIAKAN :
1. Susun kek swiss roll yang telah dipotong ke dalam mangkuk yang sesuai

2. Siramkan separuh air buah dari tin fruit cocktail ke atas kek swiss roll sehingga kek menjadi
lembap

3. Masak castard :

i) Masukkan susu sejat, separuh air fruit cocktail, gula pasir dan esen vanila di dalam periuk.

ii) Kemudian masukkan tepung castard sedikit demi sedikit dan kacau rata. Castard harus terus dikacau untuk mengelakkan kuahnya menjadi berketul-ketul

iii) Kacau sampai kuah castard menjadi pekat dan berkilat.

iv) Tutup api dan kacau perlahan-lahan

v) Apabila dah suam tuang keatas swiss roll yang dah disusun dalam mangkuk.


4. Biarkan kuah castard tadi sejuk seketika dan kemudian susun fruit cocktail yang telah ditos diatas castard tadi.

5. Sediakan jeli kristal dengan membancuhnya mengikut arahan yang ada pada kotak pembungkus.

6. Tuangkan jeli ke atas fruit cocktail.

7. Biarkan jeli sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

8. Dah sejuk boleh lah dimakan!! :)



**a) fruit cocktail jika mahu boleh juga ditukarkan dengan buah kiwi / pic / laici dalam tin

b) anda juga boleh menambah lapisan trifle dengan lapisan coklat / milo

c) trifle juga boleh dimakan bersama dengan whipped cream...


SELAMAT MENCUBA!! :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...