Wednesday, August 3, 2011

Shepherd's Pie

Shepherd's Pie (upside down..:P...)



RECIPE COMING SOON!!!

Homemade Sushi



Temakisushi (hand roll)
Makizushi (rolled sushi)
Tsunamayomaki (tuna sushi)


RECIPES Coming Soon!!!

Tuesday, August 2, 2011

CARROT CAKE topping with CREAM CHEESE & HAZELNUT



Bahan Kek
1 1/4 cwn minyak jagung
4 biji telur
120 gm gula kastor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang
1 cawan kismis kuning
3 biji carrot yang disagat halus
250 gm tepung gandum**
1 1/2 sudu kecil baking soda**
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis**
1/4 sudu kecil garam

Bahan Topping

250 gm cream cheese
100 gm butter
100 gm gula icing
sedikit perahan lemon - ikut suka

sedikit kacang hazelnut yang telah dibakar (hiasan)

Penyediaan Kek

  1. pukul telur sehingga kembang. masukkan minyak, gula castor dan perang, sebatikan - tak perlu sampai gula hancur.
  2. masukkan walnuts, kismis, carrot, sebatikan.
  3. masukkan bhn bertanda ** (yang telah diayak), garam, ke dalam adunan yang diadun. Guna spatula untuk kaup-balikkan adunan.
  4. masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan mentega/dialas kertas minyak.
  5. bakar selama 50 minit pada suhu 180C. Bila sudah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum membuat topping.

Penyediaan Topping

  • masukkan semua bahan ke dalam mixer.
  • bila kek dah sejuk, sapukan atas kek. Sejukkan dalam peti sejuk dan baru potong untuk dihidangkan.
    Selamat Mencuba!! :D


Thursday, June 9, 2011

Kasih Yang Suci (Nora Elena) oleh MEEN ZULAIKHA



ISBN : 9789831242889
PUBLISHER :
Alaf 21 Sdn Bhd
PUBLISH DATE :
21-FEB-2007
AUTHOR NAME :
Meen Zulaika

PRICE : RM 19.90


Ini adalah buku yang terbaru saya beli pada 01/06/11 yang lepas. Walaupun sebenarnya novel ni dah lama dipasaran tak pernah terlintas untuk membacanya kerana sejak berkahwin saya memang buang jauh satu hobi yang dulunya menjadi sebahagian dari hidup saya iaitu ''membaca novel' :P...namun semuanya berubah semula setelah TV3 menyiarkan sebuah drama NORA ELENA yang memang menjadi tontonan saya dan suami yang rupa-rupanya diadaptasikan dari novel ini..



Storyline yang sangat menarik... dengan gandingan pelakon yang saya rasa sangat2 sesuai..maka novel Kasih yang Suci dapat diterjemahkan dengan baik dalam siri Nora Elena ini. Walaupun hanya sekadar adaptasi longgar dari novel yang diterjemahkan ke drama bersiri tapi saya suka kedua2 versi nya.. cukup cantik. Pada saya, ini adalah drama tempatan terbaik selepas Nur Kasih yang telah berjaya memikat hati saya..


Berbalik kepada versi novel..semua gara-gara seorang kawan yang sangat2 excited untuk mendapatkan novel ini saya pun menjadi excited jugak..hehe..dan apa yang boleh saya katakan sebagai review untuk novel ini...saya tak rasa membazir untuk memilikinya dan nampaknya 'hobi' yang satu tuh dah menyerang saya balik :P..

Oklah disini saya tinggalkan sedikit sinopsis dari novel.. :D

"Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang. “Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?"




Sunday, December 19, 2010

Puding Trifle

Trifle

BAHAN-BAHAN (untuk bekas sederhana besar)

a) Lapisan 1 (paling bawah) : 1 kek swiss roll (perisa ikut kegemaran masing-masing)

b) Lapisan 2 : Lapisan castard - 1 tin susu sejat (cap Ideal paling bagus)

1/2 air dari fruit cocktail dalam tin
4 sudu besar tepung castard
5 sudu gula pasir
1 sudu esen vanilla

c) Lapisan 3 : 1 tin Fruit Cocktail - ambil buah sahaja
(Toskan air buahnya.. Separuh (1/2) airnya disiram ke atas kek swiss roll dan separuh lagi di masak bersama castard)

d) Lapisan 4 : Jeli kristal (cap Nona) - (perisa ikut kegemaran masing-masing)



CARA MENYEDIAKAN :
1. Susun kek swiss roll yang telah dipotong ke dalam mangkuk yang sesuai

2. Siramkan separuh air buah dari tin fruit cocktail ke atas kek swiss roll sehingga kek menjadi
lembap

3. Masak castard :

i) Masukkan susu sejat, separuh air fruit cocktail, gula pasir dan esen vanila di dalam periuk.

ii) Kemudian masukkan tepung castard sedikit demi sedikit dan kacau rata. Castard harus terus dikacau untuk mengelakkan kuahnya menjadi berketul-ketul

iii) Kacau sampai kuah castard menjadi pekat dan berkilat.

iv) Tutup api dan kacau perlahan-lahan

v) Apabila dah suam tuang keatas swiss roll yang dah disusun dalam mangkuk.


4. Biarkan kuah castard tadi sejuk seketika dan kemudian susun fruit cocktail yang telah ditos diatas castard tadi.

5. Sediakan jeli kristal dengan membancuhnya mengikut arahan yang ada pada kotak pembungkus.

6. Tuangkan jeli ke atas fruit cocktail.

7. Biarkan jeli sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

8. Dah sejuk boleh lah dimakan!! :)



**a) fruit cocktail jika mahu boleh juga ditukarkan dengan buah kiwi / pic / laici dalam tin

b) anda juga boleh menambah lapisan trifle dengan lapisan coklat / milo

c) trifle juga boleh dimakan bersama dengan whipped cream...


SELAMAT MENCUBA!! :D

Friday, December 17, 2010

Pokok Hiasan Beracun!!!

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan Uganda. Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Sumber : http://www.chipzine.co.cc

Satu lagi...

Sumber dari http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/A71937.htm juga ada menyatakan bahawa tumbuhan hiasan yang terkenal dengan nama Inggeris money plant yang juga tergolong dalam famili Araceae juga adalah tumbuhan beracun. Nama tempatan tumbuhan ini ialah kelempayan atau kelembang dan nama sainsnya ialah Scindapsus aureus.

Scindapsus aureus @ Money Plant

Tumbuhan ini mengandungi cecair yang menimbulkan rangsangan. Cecair ini apabila terkena pada kulit akan menghasilkan dermatitis. Kalau dikunyah, bibir dan lidah akan terasa sangat gatal, sakit dan cirit-birit.

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang...

Wallahualam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...